BASIC adalah ringkasan
kepada Beginner's All-purpose Symbolic Instruction
Code, yang merujuk kepada kod arahan simbol bagi asas
semua tujuan. Ia merujuk kepada bahasa komputer yang digunakan bagi memberi arahan
dan mengawal komputer. Ia dicipta oleh John George Kemeny dan Thomas
Eugene Kurtz di Kolej Dartmouth, Hanover, New
Hampshire pada 1963 untuk membolehkan pelajar bukan bidang sains
menggunakan komputer. Pada masa itu, penggunaan komputer memerlukan
penulisan perisian sendiri, sesuatu yang biasanya hanya dilakukan ahli
sains dan matematik.
Bahasa
pengaturcaraan BASIC yang awal menggunakan pentafsir yang menafsir aturcara
BASIC baris demi baris. Lihat
Bahasa BASIC yang asal direka oleh John Kemeney dan Thomas
Kurtz pada 1963.
Lapan
rukun BASIC adalah:
- Mudah digunakan
walaupun oleh pengguna baru
- Merupakan Bahasa aturcara untuk
pelbagai kegunaan
- Membenarkan ciri-ciri yang canggih
ditambah untuk kegunaan mereka yang pakar (dengan mengekalkan
faktor kemudahannya)
- Bersifat interaktif
- Menyediakan
makluman kesalahan yang jelas dan mesra
- Aturcara kecil
dijalankan dengan pantas
- Tidak memerlukan kefahaman tentang
perkakasan komputer
- Memisahkan pengguna dari sistem
pengendali
Antara pentafsir untuk pengguna Komputer Micro yang
awal adalah seperti Atari BASIC, Apple II BASIC dan GWBASIC.
GWBASIC adalah pentafsir yang
dihasilkan oleh Microsoft untuk IBM PC serta sistem yang serasi
dengannya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar